Restoran Village View

Maps : https://g.page/villageviewbangi?share Restoran Village View salah sebuah restoran yang telah bertapak lama di kawasan Bangi dan menjadi tumpuan untuk menjamu selera. Suasana yang menarik dengan terdapat kolam ikan dan juga pengunjung dihiburkan dengan persembahan busker.

Mentarang rebus, mentarang bakar, walaupun jauh ku redah jua!

Korang pernah makan mentarang? Memang ramai yg tak pernah makan sebab dikatakan hanya di Kuala Selangor dan Perlis sahaja yang banyak terdapat mentarang ni. Mungkin sebab keadaan air di dua tempat ini yang menyebabkan haiwan ini membiak lebih banyak di sini.
Kami sekeluarga ditemani Pok Nik telah pergi ke kedai viral Faridah Mentarang Bakar di Sekinchan yang pernah masuk JJCM tu untuk merasai sendiri macamana rasanya mentarang.
Lebih kurang jam 11.00pg kami bertolak dari Sg Ramal ke Sekinchan, dan tiba lebih kurang jam 1.00 tghari. Keadaan jalan pada hari itu agak sesak sedikit terutamanya selepas keluar dari tol melalui jalan kampung yang sedang dalam penambahbaikkan.
Tiba di kedai Faridah Mentarang bakar, sudah ramai pelanggan disana, ada yang sedang makan dan ada yang masih menunggu hidangan mereka tiba.
Kami memilih untuk duduk diatas pangkin, maklum sahaja lah budak ezeqiel ni memang lasak, kalau duduk dibawah nanti memang habislah dia explore segala tempat orang lain pulak nanti.
Inilah list makanan yang kami order:
Mentarang Bakar - 1 set
Mentarang Rebus - 1 set
Lala masak sambal - 1 set
Kupang Sambal - 1 set
Ikan siakap 3 rasa - 1 set
Telur dadar - 1
Kailan goreng - 1
Nasi putih - 4
Air kelapa - 4
Harga semua dalam RM120. Worth it or not?

Ulasan