Maps : https://g.page/villageviewbangi?share Restoran Village View salah sebuah restoran yang telah bertapak lama di kawasan Bangi dan menjadi tumpuan untuk menjamu selera. Suasana yang menarik dengan terdapat kolam ikan dan juga pengunjung dihiburkan dengan persembahan busker.
Dataran Gemilang - Mandi kolam free!
pada
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Si Ezeqiel & Imannina ni memang hantu air. Suka sangat mandi kolam. Kalau dah tiap2 minggu nak bayar untuk masuk swimming pool pun tak larat jugak poket. Tapi takpe.. ada alternatif lain untuk yang tinggal berdekatan Putrajaya kalau anak2 nak mandi kolam.
Dataran Gemilang Putrajaya adalah salah satu tempat dimana kita boleh bawa anak2 main air secara percuma. Ada dua tingkat kolam. Yang atas rasanya lebih sesuai utk anak2 umur 3 tahun kebawah manakala yang bawah sedikit dalam sesuai utk anak2 dalam lingkungan 4 tahun dan ke atas. Dibahagian atas juga terdapat air pancuran untuk anak2 bermain.
Terdapat penjaja makanan ringan jadi tak risau kalau budak2 ni tetiba lapar nak makan. Tandas juga disediakan untuk bilas dan bersalin selepas mandi. Cuma kalau ditambah lagi kemudahan tandas ini lebih baik kerana kadang kala pengunjung terlalu ramai sehingga perlu beratur lama utk tunggu giliran.
Tempat ini sangat berpotensi untuk ditambah baik dan menjadi tumpuan keluarga di hujung minggu malah tempat yang luas ini juga berpotensi utk event2 lain.
Ulasan
Catat Ulasan