Maps : https://g.page/villageviewbangi?share Restoran Village View salah sebuah restoran yang telah bertapak lama di kawasan Bangi dan menjadi tumpuan untuk menjamu selera. Suasana yang menarik dengan terdapat kolam ikan dan juga pengunjung dihiburkan dengan persembahan busker.
Sg Congkak dan Ezeqiel birthday celebration
pada
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Sg Congkak bukanlah asing bagi aku. Sejak dari zaman remaja lagi disini antara tempat aku menghabiskan masa cuti bersama rakan2 sekolej. Malah ada juga kawan kolej yang berasal dari kawasan perkampungan berdekatan. Banyak kenangan manis tersemat di balik batu-batu kelikir dan sejuk air jernih sungai ni. Namun, pada masa tu nak dapat bergambar agak sukar tak seperti sekarang, handphone semua dah ada kamera canggih. Klu ada pun gambar2 kenangan sudah lusuh atau hancur kalau tak di jaga betul2.
6 Feb 2019 yang lepas aku kembali kesini bersama keluarga kecilku. Dengan segala persiapan telah aku sediakan semenjak semalamnya. Rancangannya nak buat makan2 dan sedikit barbeque utk meraikan birthday Ezeqiel yang ke 3 tahun. Teh dan Along turut follow bersama kami utk meramaikan majlis. Setelah barang2 siap sedia, jam 10 kami pun bertolak.
Sampai lebih kurang jam 11.00, pengunjung tidaklah sesak sangat. Kami port kat bahagian berpagar yang di jaga oleh tourism Selangor. Masuk berbayar dan boleh bawak kereta ke dalam, jadi tak perlu nak angkut barang2 barbeque jalan kaki masuk ke dalam. Aku tak ingat berapa yg kene bayar sebab Teh yang bayar semua cuma seingat aku sebelum2 ni harga tak silap seorang kene charge RM1 untuk masuk.
Nak cerita panjang2 pun korang mesti bosan punya, jadi korang layan la video tu. Klu rajin, sila lah subscribe Channel \m/luzgnirek \m/ dan tekan butang loceng untuk dapatkan notification utk video terbaru. Oklah terima kasih.
Ulasan
Catat Ulasan